Wednesday, May 11, 2016

KALABAKAN, HARTAL DAN KOVIL




Askar Melayu yang berpegang kepada prinsip yang mengenepikan isu perkauman demi keamanan. Wira yang tidak didendang.

KALABAKAN, HARTAL DAN KOVIL

1968, peristiwa Hartal tercetus di Pulau Pinang di mana orang-orang Melayu di Bayan Lepas telah diserang dan dibunuh dengan kejam oleh kaum Cina. Batalion Malakan kemudian dihantar untuk mengawal keadaan di sana. Beliau merupakan kumpulan pertama tentera di hantar ke pulau itu dan memasuki Georgetown dengan menaiki feri. Sebaik sahaja mendarat, orang-orang Cina yang ekstrem telah memaki hamun askar-askar Melayu dan askar Iban ini dengan panggilan "Cibai...Lancau". Askar-askar Melayu dan Iban masih lagi bersabar sehinggalah mereka kemudiannya ditempatkan di Kem Batu Uban (tapak Universiti Sains Malaysia) sekarang .Bandar Georgetown semasa itu agak lengang dan di jalanraya, askar meronda manakala penduduk kaum Cina duduk dalam rumah masing-masing kecuali segelintir pegacau keamanan yang terdiri orang Cina yang keluar secara sembunyi-sembunyi untuk bergaduh. Selepas aman keadaan di Pulau Pinang, kekacauan kaum terjadi pula di Kampung Kovil, Bukit Mertajam apabila orang-orang India menyerang orang-orang Melayu di sana sehingga menyebabkan pembunuhan. "Dalam perjalanan, orang-orang India memaki hamun dan meludah askar-askar Melayu dan kaum bumiputera lain dan kami masih bersabar kerana tertakluk kepada undang-undang,"Kami memperkenalkan curfew. Semua orang tidak boleh keluar untuk membolehkan kita mencari pembunuh sebenar," katanya. Mereka yang melanggar curfew ditangkap dan dihimpunkan di satu kawasan padang dan kesemua mereka terdiri dari orang Cina dan India. Sepanjang berada di Kampung Kovil, pasukan Malakan menembak mati seorang lelaki Melayu kerana melanggar curfew.