Friday, June 26, 2009

KALABAKAN, HARTAL DAN KOVIL

http://militaryofmalaysia.blogspot.com/2009/06/kalabakan-hartal-dan-kovil.html

*Saya mengalu-alukan sebarang gambar yang menunjukkan askar Malaysia yang berjaya ditembak mati. Setakat cakap, bukti tidak ada, baik tak payah cakap. Kalau betul, Malaysia berjaya dimalukan dalam konflik yang lepas, mana gambarrrrrrr...mana gambarnya pakkkk.

NOTA PENULIS :
Hari ini penulis menemui seorang pahlawan, pahlawan yang kita pinggirkan dan dilupakan apabila kita sama-sama berteriak di dalam hati untuk menyokong Chin Peng. Orangnya kecil, berbudi bahasa dan amat mengejutkan saya apabila beliau meminta maaf jika dalam penceritaannya ada yang terkasar bahasa semasa penulis hendak pulang.

Terkedu den, sepatutnya saya sebagai orang muda yang minta maaf tetapi tidak mengapa, penulis amat berpuas hati kerana banyak perkara dan ilmu yang saya dapat belajar dari pahlawan ini.

Beliau turut menemankan saya sampai ke motor, (mungkin nak tengok motor besar tapi buruk saya kotttt. Sempat pulak tanya pasal CC motor, wahhh pakcik ni handal juga pasal motor besar hahahaha)

Pertemuan kami turut ditemani oleh anaknya dan juga pembaca blog saya iaitu Rozmal Malakan. Rozmal bagaimanapun hanya menemankan kami separuh jalan kerana terpaksa pergi kerja. Sebelum itu, Rozmal sempat menjelaskan air minuman saya...hehehe terima kasih beb belanja minum, kalau saya tahu orang nak belanja, memang den order roti satu kedai hahahaha.

Saya berharap pembaca dapat membaca blog saya dengan tenang. Ada beberapa perkara yang sensitif seperti permasalahan perkauman tetapi jangan emosional (kalau saya emosional tak mengapa kerana ini blog saya hehehehe). Seperti yang saya katakan dalam komen-komen saya, saya menulis jika ada sumber yang sahih, nanti kalau saya keluarkan cerita itu dan ini, orang akan kata saya ini mereka-reka dan tidak ada krebiliti.

Tulisan ini 100 percent original dan tidak ada sebarang tapisan.

1. Baiklah, kita mulakan dari A sampai Z, kerana kisah yang disampaikan sebenarnya mempunyai kaitan dengan sejarah negara dan juga merupakan rekod kehidupan tuan Lef Kol (B) Malakan Kamaruddin sendiri yang ketika ini berusia 71 tahun, ayahnya Kamaruddin dan bundanya masih lagi hidup dalam usia lingkungan 90an (Ini benar-benar mengejutkan saya..bertuah Rozmal kerana masih ada datuk dan nenek).

2. Beliau lahir pada 13 Dis 1937 di Negeri Sembilan, mula memasuki tentera pada Jan 1958 dalam usia 21 tahun walaupun mempunyai kelulusan yang agak tinggi berbanding kadet-kadet lain yang rata-rata bersekolah Melayu atap.

3. Hasrat beliau adalah untuk menjadi pegawai. Budak degil dan suka melawan cakap ini mendapat latihan pertamanya di Kem Port Dickson tetapi pada awal 1959, keluar kerana gagal dalam ujian tertentu.

4. Pegawai beliau iaitu seorang Inggeris bernama Kolonel King membuat tawaran dengan nada sinis,"Kalau kau nak kerja kat luar, saya boleh carikan. Mahu jadi penoreh getak tak".

5. "Beginilah Tuan, saya tidak berminat. Saya cuma nak jadi pegawai, Tuan hantarlah saya ke mana-mana unit," balas Malakan.

6. Akhirnya, beliau dimasukkan ke 5 Melayu dan dihantar ke Kem Mentakab, Pahang dan dijanjikan pangkat Sarjan tetapi beliau sebenarnya tertipu, di Mentakab, beliau dibuli dan disuruh membuat kerja-kerja berat, tidak layak untuk seorang anak Melayu yang mempunyai kelulusan yang tinggi pada masa itu.

7. Di Mentakab, beliau bertanggungjawab mengangkat mesingan berat dan terpaksa keluar masuk hutan untuk mencari pengganas komunis tetapi tidak jumpa.

8. Masih tidak berpuashati kerana tertipu dengan tawaran Sarjan, Malakan mula buat hal dan kurang digemari oleh pegawai di situ menyebabkan beliau dihantar pula Kem Batu Road (kini bangunan Putra Word Trade Centre) dan melakukan banyak operasi memburu komunis di Rawang, Kuala Selangor dan sekitar Jelebu, Negeri Sembilan tetapi masih lagi gagal menemui aksi pertempuran.

9. Beliau ketika ini menggunakan raifel MK5 Point 303.

10.Pada tahun 1959, beliau diarahkan untuk menjadi pengawal yang menjaga pintu hadapan Istana Negara. Seorang pegawai Inggeris, Kapt Vickers menegur beliau, : "Kenapa samping pendek sangat (baju Melayu putih dan samping hijau),".

11.Beliau jawap :"Mana samping saya pendek. All good and in order," katanya yang menyebabkan beliau kemudian dihadapkan ke pegawai tertinggi iaitu Kolonel Tamin yang cukup garang tetapi kolonel ini memberi beliau peluang di mana Malakan ditukar dari Kompeni A ke Kompeni C di Kem North (Sekarang Flet Pekeliling).

12.Beliau masih tidak berpuas hati kerana gagal mendapat pangkat pegawai atau sarjan dan satu hari melahirkan rasa geramnya itu terhadap Mejar Gerald (veteran dari Perang Korea).

13."Saya masih tidak berpuas hati kerana saya ada ilmu perang tetapi masih kupas kentang dan bawang di kem ini. Saya nak kerja yang setaraf dengan kelulusan saya. Saya nak jadi guru pelajaran (Zaman dahulu Angkatan Tentera Malaysia ada bahagian pelajaran)," katanya.

14.Mejar Gerald kemudian menelefon terus Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak untuk menyatakan hasrat Malakan dan tidak lama kemudian, askar muda itu dinaikkan pangkat dari prebet ke korporal dengan gaji berjumlah RM100 lebih.

15.Dulu semasa prebet, gaji beliau adalah RM60, beliau masih mampu menghantar RM20 untuk belanja maknya di kampung (RENDAHNYA KOS HIDUP MASA TU YAA).

16.Tahun 1960, Malakan ditukarkan ke Alor Setar dan pada 1961 ditukar ke Kem Sungai Besi untuk latihan jangka pendek selama tiga bulan.

17.Beliau tamatkan kursus pada Dis 1961 sebagai Leftenan Muda dan ditugaskan ke Batalion 3 RAMD di Alor Setar.

KONFRANTASI DAN KALABAKAN

18.Batalion tersebut sedang bersiap sedia untuk menjaga keamanan di Kongo, Afrika di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) apabila konfrantasi tercetus pada tahun 1963 dan penghantaran itu dibatalkan.

19.Batalion dengan kekuatan 1,000 anggota itu kemudian dialih ke Tawau, Sabah tetapi Malakan tidak dapat pergi kerana ditukar ke Port Dickson untuk melatih tentera-tentera baru.

20.Askar-askar baru dilatih selama tiga bulan sahaja kerana negara pada masa itu sangat memerlukan tentera akibat ancaman Darurat dan Konfrantasi, hanya tujuh batalion sahaja yang wujud pada masa itu.

21.Apabila peristiwa Kalabakan tercetus 29 Disember 1963, Malakan hanya mendapat khabar berita mengenai kematian kawan-kawannya selepas dua hari.

22."Saya sedih dan geram," katanya. Peluang untuk menuntut bela tertangguh sebentar apabila Malakan dihantar ke 7 RAMD di Sungai Besi pada tahun 1965 sebelum dipindahkan ke Kem Pengkalan Chepa di Kelantan untuk menangani satu lagi ancaman sedia ada iaitu komunis. Ya, negara diancam kiri kanan pada masa itu iaitu pengganas (yang kini diangkat oleh sesetengah bangsa Melayu sebagai hero) dan tentera Indonesia.

23.Peluang tiba pada tahun 1966 apabila Batalion 7 RAMD ditukarkan ke Tawau, Sabah malangnya sekali lagi Malakan gagal pergi kerana terpaksa menjaga kem.

24.Hanya selepas bergaduh dengan isteri komander kem, (suami takde, isteri naik Tokey arah orang sana sini), barulah Malakan dipindahkan ke Tawau.

25.Perjalanan ke Sabah dari Port Kelang mengambil masa selama dua minggu dengan kapal dan Malakan ditugaskan di Pulau Sebatik.

26.Separuh dari kawasan Pulau Sebatik berada di bawah zon kawalan askar Malaysia dan separuh lagi di bawah kawalan Indonesia.

27."Ada beberapa pertempuran di Pulau Sebatik tetapi saya tidak terlibat. Pada waktu malam ada dengar pergerakan musuh seperti kereta perisai mereka tetapi tidak ada apa yang berlaku. Saya duduk di Pulau Sebatik selama 3 bulan sebelum dipindahkan ke Kem Kalabakan," katanya.

28.Kem Kalabakan terletak di tepi sungai dan ada airstrip di situ. Semasa beliau tiba, kem itu telah pun diperkuatkan lagi dengan kubu-kubu pertahanan sebagai pelajaran dari serangan tentera Indonesia kira-kira tiga tahun lepas.

29.Bantuan hanya boleh dihantar melalui helikopter, kapal terbang atau sungai, jalan sungai mengambil masa dua jam dari kem terdekat.

30.Kem itu didiami oleh Kompeni Bravo dengan kekuatan 100 lebih tetapi dalam beberapa operasi, Malakan masih tidak menemui aksi pertempuran yang diidamkan.

31.Peluang melepaskan dendam akibat kematian rakan-rakannya semasa serangan di Kem Kalabakan 3 tahun lepas akhirnya tiba, apabila seorang pembalak membuat laporan bahawa dia dihampiri oleh tentera Indonesia yang meminta bantuan pakaian dan makanan.

32.Untuk pengetahuan pembaca, tentera-tentera Indonesia yang masuk ketika itu terbiar dalam unit-unit kecil tanpa bantuan dari markas utama, mereka juga tertipu kerana menyangka penduduk tempatan akan menyokong mereka sebaliknya keadaan rupa-rupanya tidak berpihak kepada Indonesia.

33.Malakan ketika ini berpangkat Kapten dan beliau menyiapkan pelan tempur di mana pasukan pemburu terbahagi dua iaitu satu, KILLER GROUP (grup utama) dan satu lagi CORDON GROUP (macam pasukan pengepung kot)

34.Malam 29 Disember 1966, kumpulan itu keluar ke zon pertempuran dan menunggu hingga ke pagi 30 Dis.

35.Pada pukul 8 pagi, dua lelaki berusia 20an dan 30an muncul dan berteriak "HOI" untuk memanggil pembalak tadi, pakaian mereka jelas cumpang camping.

36.Malakan yang bersenjatakan SMG kemudian meminta orang bawahannya menukar senjata Lite Mesin Gun.

37.Senjata Lite Machine Gun dengan magazin 30 kelopak peluru kemudian dilepaskan oleh Malakan dari jarak lebih kurang 15 meter menyebabkan kedua-dua lelaki itu terpusing akibat kederasan peluru, otak mereka berkecai.

38."Busuk bau otakkk ni," katanya kepada saya yang sedang cuba menghirup teh tarik sambil membayangkan bau otak mangsa yang ditembak tadi.

39.Selepas tamatnya konfrantasi, beliau masih di Tawau dan seperti biasa sebagai tanda persahabatan atau tanda damai, pegawai dari kedua-dua pihak akan melawat kem masing-masing.

40.Beliau berpeluang melawat kem tentera Indonesia di Nunukan dan Tarakan, sebuah pulau yang menghasilkan minyak untuk Indonesia.

41.Dalam satu majlis di kem tentera Indonesia, seorang pegawai tentera Indonesia telah berteriak kepada tetamu (pegawai Malaysia), : "Siapa bunuh Mahdi Hussin dan Abdul Rashid (dua askar Indonesia yang ditembak pada pagi 30 Dis sebelum ini).

42.Malakan menjawab, :"Saya" dan jawapan berani serta berterus terang pegawai itu menyebabkan pegawai Indonesia tadi tergamam dan suasana majlis senyap seketika.

PERISTIWA HARTAL, KAMPUNG KONVIL DAN 13 MEI

43.Pada tahun 1967, beliau kemudian ditukarkan ke Kota Bahru dan kemudian ke Ipoh, kemudian ke Taiping untuk memasuki Batalion 1 Renjer. Sebelum itu tidak ada batalion renjer, yang ada hanyalah Sarawak Rangers yang ketika itu berada di bawah pemerintahan British (Sebelum Sarawak menyertai pembentukan Malaysia).

44.Selepas Malaysia, ia disatukan dan Malakan melihat askar-askar dari peribumi Sarawak ini dengan penuh rasa kekaguman.

45."Mereka ini semuanya Iban. Mereka banyak ilmu hutan dan tidak kekok semasa operasi. They are very loyal dan sangat sangat berani. Setaraf dengan kehebatan tentera Gurkha yang menjadi kebangaan empayar British," katanya.

46.1968, peristiwa Hartal tercetus di Pulau Pinang di mana orang-orang Melayu di Bayan Lepas telah diserang dan dibunuh dengan kejam oleh kaum Cina. Batalion Malakan kemudian dihantar untuk mengawal keadaan di sana.

47.Beliau merupakan kumpulan pertama tentera di hantar ke pulau itu dan memasuki Georgetown dengan menaiki feri.

48.Sebaik sahaja mendarat, orang-orang Cina yang ekstrem telah memaki hamun askar-askar Melayu dan askar Iban ini dengan panggilan "Cibai...Lancau".

49.Askar-askar Melayu dan Iban masih lagi bersabar sehinggalah mereka kemudiannya ditempatkan di Kem Batu Uban (tapak Universiti Sains Malaysia) sekarang.

50.Bandar Georgetown semasa itu agak lengang dan di jalanraya, askar meronda manakala penduduk kaum Cina duduk dalam rumah masing-masing kecuali segelintir pegacau keamanan yang terdiri orang Cina yang keluar secara sembunyi-sembunyi untuk bergaduh.

51.Selepas aman keadaan di Pulau Pinang, kekacauan kaum terjadi pula di Kampung Kovil, Bukit Mertajam apabila orang-orang India menyerang orang-orang Melayu di sana sehingga menyebabkan pembunuhan.

52."Dalam perjalanan, orang-orang India memaki hamun dan meludah askar-askar Melayu dan kaum bumiputera lain dan kami masih bersabar kerana tertakluk kepada undang-undang," katanya kepada saya yang baru sahaja menyalakan rokok yang ke 10 batang selama sejam kami berbual.

53."Kami memperkenalkan curfew. Semua orang tidak boleh keluar untuk membolehkan kita mencari pembunuh sebenar," katanya.

54.Mereka yang melanggar curfew ditangkap dan dihimpunkan di satu kawasan padang dan kesemua mereka terdiri dari orang Cina dan India.

55.Sepanjang berada di Kampung Kovil, pasukan Malakan menembak mati seorang lelaki Melayu kerana melanggar curfew.

56.Perkara ini menyebabkan kemarahan seorang ahli politik Melayu di sana tetapi Malakan menjawab, ini bukan askar Melayu kena bagi peluang kepada kaum sendiri tetapi ini pelanggaran undang-undang, tidak ada perbezaan warna kulit dan bangsa.

57.Selepas aman hubungan di antara suasana kaum di Pulau Pinang, Malakan kemudian balik ke Taiping dan pada akhir 1968, beliau dihantar ke Port Dickson untuk menjalani kursus dan ketika inilah rusuhan 13 Mei 1969 tercetus.

58.Kursus dibatalkan dan beliau sempat memandu kereta untuk balik bertemu dengan anak isteri di kampung di Negeri Sembilan.

59.Beliau kemudian bergerak ke Kajang dengan ditemani raifel SLR, Kajang sangat sunyi dan yang ada hanyalah sekatan jalan oleh pihak tentera.

60.Kesunyian juga wujud di Kuala Lumpur, tidak ada pergerakan awam kecuali kenderaan tentera sahaja.

61. Perang Vietnam sedang tercetus. Angkatan Tentera Malaysia pula baru sahaja mengambil alih British Army Guerilla Warfare Training Camp di Ulu Tiram, Johor yang kemudiannya ditukar kepada Pusat Latihan Tentera Darat atau PULADA.

62.Sebagai sebuah negara yang masih membangun, Malaysia memerlukan ilmu dan ketika inilah Kementerian Pertahanan menyuruh Malakan beserta beberapa pegawai lain pergi ke Sydney di Australia untuk belajar ilmu perang dari tentera di sana.

63.Beliau menaiki pesawat C-130 dari Butterworth dalam perjalanan 8 jam ke Darwin dan tambahan lebih kurang 6 jam lagi ke Sydney. Selama sebulan Malakan di sana dan kemudian diarah pula ke Vietnam untuk belajar ilmu perang dari tentera Amerika Syarikat (AS).

64.Kedatangan Malakan dan pegawai lain tidak dihebahkan dan dibuat secara rahsia, ketika sampai, operasi Tiet baru sahaja berlangsung dan beliau menyaksikan kerosakan yang amat dasyat ke atas bangunan di Saigon, sawah padi mereka pula berlubang-lubang dengan kesan bom.

65.Penulis bertanya jika Malaysia ada menghantar tentera secara aktif untuk membantu kerajaan demokratik Vietnam berperang dengan komunis Vietnam, Malakan tidak pasti kerana jika ada pun mungkin satu atau dua unit yang beroperasi secara rahsia.

66.Di Vietnam, Malakal menimbu ilmu rondaan sungai selepas mengikuti rondaan bot-bot patrol AS dan selepas pulang, beliau membuat satu laporan mengenai teknik rondaan di sungai, buku itu kemudian diciplak oleh seorang pegawai lain dan beliau tidak mendapat sebarang kredit ke atas usaha yang telah menyumbang kepada teknik perang gerila yang terpenting untuk pihak tentera.

67.Pahlawan ini bersara pada Ogos 1985 dalam usia 47 tahun sebagai Leftenan Kolonel dengan gaji lebih kurang RM2,000 lebih.

68.Selepas bersara, beliau cuba memasuki bidang perniagaan tetapi gagal...ketika ini beliau mengeluh kepada penulis, : "Once a soldier is always a soldier" dan saya akhirnya menamatkan rokok yang terakhir dari 18 batang yang ada di dalam kotak jenama LEAGUE (rokok lari cukai RM2 sahaja sekotak 20 batang).